LANDLORD ![]() Hostel
Archieve TITTLE-TATTLE Follow @Twitter ![]() ASK ME BEDFELLOW THANKS TO
| Perampas ?
![]()
Aku update banyakkan harini ? Hem, Abaikan sajalah. Salah kah aku nak kawan pun? Mereka ingat aku ni merampas. Aku sedih tauu. YaAllah, berikalah UPSR cepat, dan aku dapat menjawab UPSR itu. Aku dah tak sanggup nak berdeoan dengan mereka. Aku rasa terhina apa yang mereka cakap itu. Aku rasa diri aku ni macam jahat sangat. Adakah benar aku ni terlalu jahat? Tak kan la, Aku tak nak bergaul dengan orang kot? Nanti apa pulak orang cakap, Sombong pulak. Aku tension!
Bila aku datang sekolah. Aku hanya berkawan ngan Iman, Syifa dan Faiqah. Faiqah kekadang jee. Aku suka berkawan dengan depa. Tambah-2 Iman, Dia seorang yang tabah, ceria dan bertenaga. Aku bangga dengan rupa bentuk badan yang kecil itu tapi mempunyai kesabaran yang tahap tinggi tuh. Aku tidak mempunyai sifat begitu. Aku jarang nampak dia nangis. Bukan jarang, Tapi tak pernah! Aku ni lemah. Tidak bertenaga. :'( Soo, Apa yang ada kat aku? Aku pun tak tahu la. aku tak kenal lagi diri aku sebenarnye. Lepas habis UPSR, Aku akan lakukan apa yang aku nak. Ko nak kata aku gedik. Mampus kau. Kau macam tak gedik. Ingat semua orang ada perasaan gedik tuh. Jadi, Jangan ingat aku sorang ja yang ada perasaan gedik. Kalau kau tak da perasaan gedik tuh. Kau jantan bukan betina, tahu? Aku tetap dengan sahabat aku yang aku tak pernah lupa sampai mati, dan itu takkan berubah. Asmaa je yg faham perasaan aku. Bila aku sedih dia buat aku ketawa. Aku sayang dia sesangat! Aku takkan ganti sahabat aku yang satu tuh. Aku janji, Aku akan balik perak, untuk jumpa kamu asmaa. Dengan cara? Bas ke, Taxi ke? Terpulang kepada aku. Aku masih ingat rmah kamu. Kamu jangan pindah lagi tau. Aku nak jumpa kamu, tunggu ja aku datang. :') Mak aku dah salah kerana pindahkan aku, Kawan aku harituh syorkan aku duduk rumah dia sampai UPSR. Aku nak duduk, Mak aku tak bagi, Mak aku kata tak baik susahkan orang. Begitu mulianya hati beliau. Tapi now hati yah pedih mak. Yah tak de kawan macam kawan lama yah ! Yah selalu nangis bila sorang-2. Semua tak sedar. Hem. Aku nak asrama kat perak je. Biarlah jauh dari ibu bapa. Aku dah janji ngan Asmaa, untuk Asrama kat Asrama yang sama. Aku tunaikan janji aku yaa. :') InshaAllah. Sedih ke entry ni? Ops Sorry. Aku dah banyak tolong kau. Tapi kau buat aku macam apa? macam sampah. Aku nak aku, kau guna sampai habis. Lepas tuh kau buang kat tong sampah. Pakai buang ek? Harini hari kau. Esok hari aku. Tapi aku bukan nak balas pun. Aku nak tuhan yang balas. Apa yang kau dah buat kat aku. Pedih ke ayat aku bila baca ni? Siapa suruh buat dosa? Aku tak suruh, mak bapak kau pun tak suruh. Nafsu kau yang suruh! Ikut buat apa? Dah lah malas nak tulis entry ni lagi. Baik aku Tulis pasal benda lain. Sorry entry ni bila baca tak sedap hati. Aku dah luahkan apa yang aku rasa. Alhamdulillah. Mardhiyah berjaya. Yeah!!!!!! Tahniah Mardhiyah. Tergakkan kebenaran ! Byee. Mardhiyah off dulu yaa. Wassalam. Thanks for reading my blogger :') ![]() |