SCM music player
Perjalanan ke Syurga

ABOUT JOURNAL LINKS TWITTER FACEBOOK Instagram FOLLOW+ DASHBOARD
::Spring Rain::
LANDLORD


Asslamualaikum, Be nice in my blog or I will call my superman :') Follow mine. Mention your name.
underlined bold italic strike
Hostel
 Add/Follow Me Follow Me Follow Me
Follow @mardhiyah01




ASK ME

BEDFELLOW



THANKS TO

Skin by: Nurul Haidah
Base code: Atiqah Jaidin
Others: 1 2 3
All rights reserved ® Mardhiyah Hasbullah 2014

I Love him

Ayah dihantar dihospital Batu Gajah. Emak sampai pada pukul 8 malam. Emak nangis, sambil menenangkan ayah yang sedang nangis. Aku disitu terdiam bagai mulut dikunci kukuh. Ayah dihospital Batu Gajah tidak lama, ayah ditransfer ke Hospital Ipoh. Ayah kena heart attack pada malam itu. Ayah dihantar ke wad kecemasan. Selama 6 jam ayah didalam wad itu. Emak dan abg Afiq tunggu dengan menaruh harapan yang tinggi. Selepas 6 jam, ayah dihantar ke wad CCU.

Ayah direhatkan disitu. Sewaktu itu, ayah tidak boleh bernafas dengan sendirinya. ayah menggunakan mesin untuk tolong dia bernafas. Ayah tercungap-ii. Badan ayah dipenuhi wayer-ii yang tebal. Ayah sungguh kuat. Tangan ayah sentiasa bersama tasbih yang diberi oleh Emak. Mulut tidak pernah berhenti menyebut nama yang Ilahi. Aku sangat kagum dengan ketabahan ayah.

Ayah berada di CCU lebih kurang satu bulan. Selepas itu ayah ditransfer ke hospital Kedah. Itu permintaan dari Atuk dan Tokwan. Alasannya lebih senang untuk melawat. Selepas ayah ditransfer, Aku dan adik-ii aku turut berpindah randah. Itulah alasan kenapa aku pindah ke Kedah. Selama ini orang bertanya aku kenapa aku pindah kedah. Aku cuma jawab ' Emak pindah kerja ' Sukar untuk aku menceritakan semua ini. Hanya orang yang tertentu sahaja yang tahu apa yang sudah terjadi pada keluarga aku?!

Tapi, aku bersyukur sangat. Aku dan adik beradik yang lain sangat bersyukur. Ayah masih lagi boleh bernafas seperti biasa. Alhamdulillah 33x.

Apapun, yah tetap bangga dengan ayah yang sentiasa tabah. Yah doakan ayah semoga ayah dipanjangkan umur dan tidak pernah berputus asa :')

-Dari Anakmu-