SCM music player
Perjalanan ke Syurga

ABOUT JOURNAL LINKS TWITTER FACEBOOK Instagram FOLLOW+ DASHBOARD
::Spring Rain::
LANDLORD


Asslamualaikum, Be nice in my blog or I will call my superman :') Follow mine. Mention your name.
underlined bold italic strike
Hostel
 Add/Follow Me Follow Me Follow Me
Follow @mardhiyah01




ASK ME

BEDFELLOW



THANKS TO

Skin by: Nurul Haidah
Base code: Atiqah Jaidin
Others: 1 2 3
All rights reserved ® Mardhiyah Hasbullah 2014

Cooking with my lovely group

Assalam. 


Macam biasa la, lepas habis exam banyak sekolah dah aturkan aktiviti. Aktiviti kat sini seronok tak terhingga nak aku ucapkan mahupun coretkan. Acewah, ayat tak boleh belah. Okay, hari Isnin lepas cikgu ada buat pertandingan memasak secara berkumpulan. 1 kumpulan 8 orang. Macam la korang tak tahu geng aku ada berapa. Kalau korang tak tahu geng aku ada berapa, cerr bilang gambar payung tu ada berapa? 6? Yuppp. Tepat dan padu sekali :) Sebelum tu meh aku nak intro sikit geng aku :) Ehhh, sat ni title pasal cooking. Ni dah masuk geng, nanti aku cerita pasal geng aku. Tapi sekarang kena cerita pasal cooking. Soo, kita orang tak cukup lagi 2 orang ahli. Lepas dah bincang, kita orang nak pilih lelaki untuk ambil kayu api and batu. Kita orang pilih la Syauqi dan Arif sebagai hero.

Okay, 1 group 4 meja sahaja untuk letak barang-2 nak masak. Tugas aku nak kena bawa rice cooker and sedikit bahan untuk masak, puas aku fikir nak letak mana rice cooker tu. Lepas tu mak aku suruh la bawak beg yang besar. Nasib ada, kalau tak ada. Sepanjang masa kena pengang rice cooker. Aiyakk xD Lepas dah bahagikan kerja bagai tu. Kita orang fikir la nak masak apa. Semua tu kena rancang lebih awal, kalau tidak nanti semua terbangkalai. Aku tak nak semua tu berlaku, sebab aku kan perempuan, kena tunjuk terra kat lelaki :P

  • Ayam masak merah 
  • Sotong celur tepung
  • Strawberri bersalut coklat
  • Sayur campur
  • Air sirap limau

Okay nampak kan menu kita orang. Hemm, tak ada la banyak sangat. Okay first sekali cikgu bagi sekor ayam yang dibelah dua. Kita orang kena proses sendiri. Cikgu bagi taklimat, aku dah bincang siapa nak proses ayam, proses sotong dan masak nasi. Aku masak nasi dengan Adlina dan Intan, depan nak ikut aku pi masak nasi. Aku okay jaa :) HEHE xD Lepas kita orang masak nasi kat tempat orang ambil wuduk. Aku pun pi lah balik dekat dewan ( tempat kita memasak ) Aku tengok pykah dengan ainul tengah proses ayam. Aku pun join sekali proses ayam. Mula-2, aku pi laa potong kulit dia. Lepas tuu aku lari, sebab serius aku tak pandai. Aku tengok depa proses ja. Lepas tu nampak intan dengan Adlina duk kalut dengan sotong depa. Aku malas nak ambil part kat sotong tu. Sebab intan ni macam betul sikit. Orang suruh bawak sotong, dia pun bawa sotong. Korang tahu kan sotong cepat busuk. Untuk elakkan sotong tu busuk, kita letak la ais ketul right? Tapi intan boleh tak letak. Habis busuk sotong tuu :P

Okay, Aku tengok syauqi dok kalut nyalakan api, manakala Arif tengah cari kayu api banyak-2. Aku kesian pulak tengok syauqi. Aku pi la dekat dia, aku tanya macam ni kat dia :

Aku : Tak nyala lagi ka?
Syauqi : Tak laa, Susah laa.
Aku : Meh sini nak tengok * ambil liter *
Syauqi : Okay. 
Aku bakar surat khabar, lepas tu letak kat kayu tu. Yeahh jadi. Lepas dah jadi api, Aku kata macam ni kat syauqi.

Aku : Alamak, terhebat la pulak sampai api ternyala * ankat kening *
Syauqi : Ishh, nasib je tu
Aku : HAHA xD
Lepas api dah benyala tu, aku pun pi dekat dapur kami untuk suruh depa buat kerja selanjutnya. Aku tengok Intan dengan Pykah duk saja, Aku suruh depa celurkan tepung dengan telur. Aku pun turut ikut samala. Lepas dah berapa minit tu, api terpadam balik. Syauqi macam marah la, sebab lama sangat celur. Aku pun pi la basuh tangan nyalakan balik. Nasib baik boleh nyala, kalau tidak habis laa -_- Lepas tuu, aku tak buat dah celur semua tu. Aku jaga api tu supaya tak terpadam. Lepas tu aku masukkan minyak semua laa. Lepas tu aku jerit macam ni kat Ainul dengan Pykah !

Aku : Pykah, cepat! minyak dah panas ni !
Pykah : Sattt, Ainul tengah nak hantar dah tu.
Aku : Okayy!
Lepas tu Ainul pun hantar laa, Aku masukkan la satu persatu dengan senduk. Slowly sebab takut minyak terpercik. Sakit woo kalau terpercik sebab minyak dah panas sangat tuu -_- Lepas dah masuk semua tu, aku duduk bertapa kat situ tunggu sotong tu masak. Lepas tu Syauqi mai, dia tanya macam ni kat aku.

Syauqi : Mar, nanti lepas masak sotong goreng masak ayam chicken chop aku tau.
Aku : Laaaa, aku nak masak lagi ayam goreng, ayam masak merah, sayur campur lagi -_- Tak ada, :P
Syauqi : Alaa, kejap jee. Please * buat muka comel *
Aku : Ermmm, tengok laa.  
Hemm, tu la hang syauqi, gatai nak masak chicken chop dengan Arif. Tapi tak pa la, aku dapat rasa chichken chop air tangan depa :P HAHA xD Lepas dah berapa minit tu, aku kalih la sotong aku dalam kuali tu. Hermm, 'lamanya sotong tu nak masak' terdetik dalam hati aku. Aku tunggu dan tunggu. Sampai trip yang ke-3 nak masak tu. Syauqi dah merungut sebab lambat sangat. Aihhhh, Nak buat macam mana, dah guna kayu. Bukan boleh control nak kuatkan or perlahankan. Lepas tu aku ada bincang dengan pykah.

Aku : Pykah, kita masak sotong takat ni ja laa, lagipun banyak lagi kita nak masak ni.
Pykah : Aku okay jaa. Betul jugak, nanti tak cukup masa pulak.
Aku : Okay, pi simpan sotong lebih ni, kita bawa balik ja laa naa. 
 Lepas tu aku suruh Ainul pi simpan sotong tu. Lepas siap masak sotong tu, aku masak ayam goreng aku. Ayam chicken chop depa tu aku suh tunggu, sebab ayam depa tebal, perlukan masa yang lama. Lepas setengah jam. Aku suruh syauqi dengan arif pi cari kayu api dan 4 bata lagi untuk buat yang baru. Sebab banyak lagi kita nak masak. Mula-2 depa tak mau tau. Lepas tu aku paksa baru depa nak bergerak. Aku kesian pulak dekat depa sebab nak kena cari. Hemm, Sorry la tapi kita ada banyak lagi nak kena masak ni. Masa pun dah tak berapa cukup :') Lepas tu depa dah siap cari dah. Aku pun pasang la api. What? Aku ka yang pasang? Ye laa, depa curi tulang. Makan sotong yang baru masak tu, Faridzwan, Mat, Munir suka sangat dok ambik sotong tu. Sampai aku kena sorok tau :P

Lepas api dah nyala. Aku minta la kuali arif. Aku tuang minyak semua. Aku suh depa jaga. First sekali tu, aku yang bubuh ayam kat dalam kuali tu, sebab depa lambat sangat. Lepas tu aku pi jaga balik ayam goreng untuk masak merah tu. Aku jaga dengan pykah, Adlina tengah basuh pinggan dengan Ainul. Zuzi dengan Intan tengah jaga sotong takut orang curi. Hehe, masing-2 ada kerja. Aku duduk kat tepi kuali tu sampai nak menangis tahu? sebab asap tuu. Pedih ! Sampai aku menangis keluar air mata betul-2. Hemmm, Tetiba Syauqi panggil aku. Masa tu aku dekat Intan, sembang dengan Intan sat. Aku pun pi laa, Dia suh aku kalih ayam dia. -_- Aku pun kalih laa. Lepas dah kalih tu, aku pun pi la balik kat Intan. Lepas berapa minit tu, dia panggil aku balik. Dia suh aku angkat ayam tuu. Aku pun angkat la ayam tu and then bubuh ayam yang baru. Aku tanya dia pasaipa dia tak buat sendiri. Dia kata, dia takut tak masak and takut minyak tu terpercik kat dia -_- Tak gentleman langsung :P

Sampai sini la aku mar cerita dulu. Sebab dah panjang right? HAHA xD Sebenarnya mar rasa tak nak tulis sampai habis, sebab mar sayang kenangan ni :') Huh, Serius .. Ermm tak paa laa. Mar nak out dah ni :) Nanti mar sambung balik yaa, Okay Waccap lu .

Wassalam.